3. Penjodoh Bilangan
Definisi
Penjodoh Bilangan : Perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu.
Enam Papan Coklat
Empat Papan Petai
Sepapan Mercun
Tatabahasa Tahun 2
SINOPSIS
Tujuan laman blog ini diwujudkan untuk menarik minat murid-murid Tahun 2 belajar tatabahasa iaitu kata hubung, simpulan bahasa dan penjodoh bilangan.
Sunday, May 29, 2011
Topik 2
2. Simpulan Bahasa
Definisi atau Maksud Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan. Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik. Hari ini kita akan mempelajari istilah-istilah simpulan bahasa yang bermula dengan huruf A:
a) Anak angkat: Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak
sendiri.
a) Anak angkat: Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak
sendiri.
b) Anak kandung: Anak sendiri.
c) Anak emas: Seseorang yang menjadi kesayangan.
Topik 1
1. Kata Hubung
Pengenalan
Kata hubung yang saya akan mengajar ialah:
a) Dan
b) Atau
c) Sambil
Bina ayat(Ayat Majmuk)
a) dan - Saya dan Ah Meng berjoging di taman.
b) atau - Kamu hendak minum kopi atau teh?
c) sambil - Saya memukul kompang sambil menyanyi.
Pengenalan
Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata hubung yang saya akan mengajar ialah:
a) Dan
b) Atau
c) Sambil
Bina ayat(Ayat Majmuk)
a) dan - Saya dan Ah Meng berjoging di taman.
b) atau - Kamu hendak minum kopi atau teh?
c) sambil - Saya memukul kompang sambil menyanyi.
Subscribe to:
Posts (Atom)